Pages

Disable right click

Monday 20 February 2012

PROGRAM 1 HARI 1 HADITH

PROGRAM 1 HARI 1 HADITH DITERUSKAN LAGI.

Hadis Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Perjalanan Nabi Ibrahim a.s.

Perjalanan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim (a.s.) adalah merupakan pengikat tiga agama besar dunia iaitu Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam. Agama Yahudi berasal daripada agama Tauhid ajaran Nabi Musa (a.s.) melalui Kitab Taurah manakala Kristian pula berasal daripada agama Tauhid ajaran Nabi Isa (a.s.) melalui Kitab Injil. Walaubagaimana pun, ajaran nabi-nabi Musa dan Isa tersebut telah diselewengkan oleh ketua-ketua agama mereka hingga terciptanya agama baru bernama Yahudi dan Kristian yang tidak berasaskan Tauhid (Tuhan yang satu).

Allah telah menyanggah tanggapan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang Yahudi atau Kristian didalam Al-Quran Surah 3 Ayat 67;

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
[3:67] Ibrahim bukanlah seorang Yahudi, dan bukan (pula) dia seorang Nasrani, tetapi dia seorang yang yang lurus dan seorang Muslim (berserah diri kepada Allah), dan sekali-kali bukanlah dia termasuk dari golongan orang-orang musyrik.

Dan dari Al-Quran Surah 2 Ayat 140;

أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَـقَ وَيَعْقُوبَ وَاْلأسْبَاطَ كَانُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللهُ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللهِ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
[2:140] Atau patutkah kamu mengatakan bahawa Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub dan keturunannya, adalah beragama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian (bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" dan Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu kerjakan.

Ahli-ahli sejarah sepakat menyatakan Nabi Ibrahim dilahirkan sekitar abad ke-20SM di bandar Ur, Babilonia yang terletak di selatan Iraq berhampiran sungai Eufrat. Nama kelahirannya ialah Abram anak Aazar. Bapanya adalah seorang pembuat patung-patung berhala. Abram membesar dalam keadaan jiwanya tertekan kerana tidak dapat menerima amalan penyembahan berhala yang diamalkan bapanya dan masyarakat sekelilingnya. Padahal, Abram pada masa itu belum lagi dilantik sebagai Nabi Allah.

Firman Allah SWT dalam Surah 6 Ayat (75-81);

وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
[6:75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi, dan (Kami memperlihatkannya) supaya dia termasuk orang-orang yang yakin (sepenuhnya).

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَءَا كَوْكَبًا قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لاَ أُحِبُّ اْلآفِلِينَ
[6:76] Maka ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam (menghilang), dia berkata: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

فَلَمَّا رَءَاالْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ
[6:77] Maka apabila dia melihat bulan terbit, dia berkata: "Inikah Tuhanku?". Kemudian setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Demi sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat”.

فَلَمَّا رَءَاالشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَآ أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
[6:78] Kemudian apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inikah Tuhanku? yang ini lebih besar". Maka apabila matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan."

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
[6:79] Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap cenderung kepada agama yang lurus (benar), dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.

وَحَآجَّهُ قَوْمُهُ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللهِ وَقَدْ هَدَانِ وَلاَ أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلاَّ أَن يَشَاء رَبِّي شَيْئًا وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا أَفَلاَ تَتَذَكَّرُونَ
[6:80] Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia pun berkata: "Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Dia telah memberi petunjuk kepadaku?. Dan aku tidak takut kepada (sebarang bahaya) sembahan-sembahan yang kamu persekutukan Allah dengannya, kecuali di kala Tuhanku menghendaki sesuatu (dari bahaya) itu. Dan pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak dapat mengambil peringatan (pelajaran) daripadanya?"

وَكَيْفَ أَخَافُ مَا أَشْرَكْتُمْ وَلاَ تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُم بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا فَأَيُّ الْفَرِيقَيْنِ أَحَقُّ بِاْلأَمْنِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
[6:81] Dan bagaimana aku hendak takut kepada apa (sembahan-sembahan yang tidak dapat mendatangkan bahaya) yang kamu persekutukan (dengan Allah), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah mempersekutukan Allah dengannya, yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan (kuasa) kepadamu (untuk mempersekutukan-Nya). Maka yang manakah di antara dua golongan itu yang lebih patut (berhak) mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?”


Abram mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan tempat lahirnya setelah gagal memujuk bapanya dan penyembah-penyembah berhala dibandar itu supaya meninggalkan amalan penyembahan berhala dan sebaliknya menyembah (berserah diri) hanya kepada Tuhan yang satu.

Dari Al-Quran Surah 19 Ayat 45-48;

يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْمَن فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا
[19:45] "Wahai bapaku, sesungguhnya aku bimbang bahawa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pemurah (disebabkan kamu menyembah yang lainnya), maka akan jadilah kamu kawan bagi setan".

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْراهِيمُ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا
[19:46] Berkata bapanya: "Adakah patut kamu bencikan tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan ku rejam, dan (lebih baik engkau) tinggalkanlah aku buat waktu yang lama".

قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا
[19:47] Ibrahim berkata (kepada ayahnya): "Salam sejahtera keatasmu, ayahku; Sesungguhnya aku akan memohon kepada Tuhanku keampunan atas dosamu; Sesungguhnya Tuhanku sangat baik kepadaku".

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَى أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاء رَبِّي شَقِيًّا
[19:48] "Dan aku akan menjauhkan diri meninggalkan kamu dan dari apa yang kamu seru selain Allah; dan aku akan berdoa (beribadat) kepada Tuhanku. Mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku".


Akhirnya, Abram (Nabi Ibrahim) bertikad untuk berhijrah setelah Allah menyelamatkanya dari api pembakaran yang dinyalakan oleh penduduk-penduduk untuk membakar Abram setelah dia mengakui telah memecahkan patung-patung berhala mereka.

Dari Al-Quran Surah 29 Ayat (24-26);

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُواْ اقْتُلُوهُ أَوْ حَرِّقُوهُ فَأَنجَاهُ اللهُ مِنَ النَّارِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
[29:24] Maka tidak adalah jawapan oleh kaumnya (Ibrahim), selain mengatakan: "Bunuhlah atau bakarlah dia"; lalu Allah menyelamatkannya dari api itu. Sesungguhnya pada (peristiwa) yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman.

وَقَالَ إِنَّمَا اتَّخَذْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا مَّوَدَّةَ بَيْنِكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُ بَعْضُكُم بِبَعْضٍ وَيَلْعَنُ بَعْضُكُم بَعْضًا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّاصِرِينَ
[29:25] Dan berkata Ibrahim: "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah itu hanyalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari Kiamat kelak sebahagian kamu membantah sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu mela'nati sebahagian (yang lain); dan tempat kembalimu ialah neraka, dan tidak ada bagimu sesiapa pun yang akan memberi pertolongan.”

فَئَامَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[29:26] Maka Lot pun membenarkannya. Dan berkatalah Ibrahim: “Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) kepada Tuhanku; sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Pada mulanya Abram dan isterinya Sarai (Sarah) dan anak saudaranya Lot (yang mohon untuk ikut serta) berhijrah ke bandar Haran diselatan Turki (perjalanan sejauh lebih 1000km). Selepas 14 tahun beliau mendapati situasi di Haran sama sahaja dengan Ur (penduduknya tidak menerima dakwah beliau) lalu dia mengambil keputusan untuk berhijrah pula ke Bethel (perjalanan sejauh lebih 620km) di wilayah Kana’an (Palestina). Ketika itu beliau berumur 75 tahun. Apabila Kana’an mengalami musim kemarau dan wabak kebuluran, Abram dan Sarah mengambil keputusan berhijrah ke Mesir (perjalanan sejauh lebih 450km) yang pada masa itu dibawah pemerintahan regim Fir’aun. Lot tidak ikut serta dalam perjalanan ini.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Kecantikan Sarah (walau pun sudah tua) telah menarik minat Fir’aun yang terus mempelawa beliau duduk bersamanya di istana. Selang beberapa waktu, Fir’aun telah menyerahkan semula Sarah kepada suaminya Abram (Nabi Ibrahim) setelah dia gagal menjadikan Sarah sebagai gundiknya. Selepas 5 tahun berada di Mesir, Abram dan Sarah telah dipaksa oleh Fir’aun untuk keluar meninggalkan Mesir dengan diberi pampasan dalam bentuk seorang hamba perempuan bernama Hajar.

Sekembalinya mereka berdua di Bethel, Allah telah mengesahkan status Abram sebagai Nabi dengan nama barunya Abraham (atau Ibrahim dalam bahasa Arab). Allah juga menjanjikan bumi Kana’an (Palestina) sebagai tempat tinggal yang tetap kepada Nabi Ibrahim dan semua keturunannya, dengan syarat mereka tetap beriman dan berserah diri kepada Allah yang satu, yakni tetap dalam keadaan Islam.

Allah telah mengurniakan pangkat Nabi kepada Nabi Ibrahim (a.s.) selepas tempoh percubaan. Al-Quran menyatakan hal ini dalam ayat Al-Quran (2:124):

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
[2:124] Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan engkau Imam (pemimpin ikutan) bagi seluruh manusia". Ibrahim bertanya: "Dan bagaimana dengan keturunanku?". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim (ingkar)”.

Sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, Nabi Ibrahim (a.s.) telah mematuhi Tuhannya selama tempoh ujian dan sempurna memenuhi semua perintah-Nya. Allah juga telah memberkati kenabiannya dengan menurunkan Kitab agama dan Hikmah kepadanya. Dari Al-Quran (4:54):

أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا ءَاتَاهُمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ ءَاتَيْنَآ ءَالَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَءَاتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
[4:54] “atau adakah mereka dengki kepada orang lain (Muhammad s.a.w.) lantaran kurniaan yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah pun memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.”

Dalam pada itu, Sarah sedar dia sudah berumur 80 tahun dan terlalu tua untuk memberikan anak (zuriat keturunan) kepada Nabi Ibrahim, lalu membenarkan Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar iaitu hambanya yang berasal dari Mesir. Selepas Hajar melahirkan anak yang diberi nama Ismail, Allah telah menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan beliau untuk membawa Hajar dan Ismail ke lembah Bakkah diwilayah Arabia, dan meninggalkan mereka disana. Jarak antara Bethel dan lembah Bakkah (Makkah) adalah kira-kira 1200km. Pada masa itu Nabi Ibrahim berumur 86 tahun.

Di Makkah, Hajar dan anaknya Ismail telah menemui telaga air Zam-Zam (dengan izin Allah) dan seterusnya mendapat bekalan makanan daripada kafilah-kafilah pedagang dan musafir yang singgah mengambil air, sementara sebahagian daripada mereka mengambil keputusan terus menetap dengan keluarga mereka disitu. Lama kelamaan lembah Bakkah itu terus membangun hingga menjadi sebuah bandar yang dinamakan Makkah.

Semasa Ismail mencapai umur remaja, Nabi Ibrahim (dan Hajar) sekali lagi diuji keimanan mereka apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anak mereka. Kesediaannya (dengan persetujuan anaknya) untuk melaksanakan perintah Allah itu akhirnya ditebus ganti oleh Allah dengan penyembelihan seekor kambing jantan. Inilah permulaan ibadat korban bagi umat Islam semasa musim Haji.

Seterusnya Nabi Ibrahim, dengan bantuan Nabi Ismail, telah diperintahkan untuk membina semula Kaabah (Baitullah atau Rumah Allah) yang asasnya telah dibina oleh Nabi Adam. Sebaik selesai pembinaan semula Kaabah, Nabi Ibrahim pun berdoa kepada Allah SWT:

Dari Al-Quran, Surah 14 Ayat 37;

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
[14:37] “Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman, disisi (berhampiran) rumahMu (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, semoga mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung (gemar) kepada mereka dan berilah rezki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Peristiwa ini berlaku sekitar 1800SM. Selepas itu Nabi Ismail dilantik sebagai Nabi dan Rasul Allah dan beliau terus menetap diMakkah sebagai Penjaga Baitullah. Dari zuriat keturunan Nabi Ismail inilah asalnya rumpun bangsa Arab iaitu bermula dengan 12 suku kaum yang masing-masing diketuai oleh anak-anak Nabi Ismail.

Selanjutnya, Nabi Ibrahim telah kembali semula ke Bethel kemudian berpindah dan menetap di Hebron bersama Sarah sementara Lot berpindah ke wilayah Sodom dekat Laut Mati (yang tidak wujud pada masa itu). Semasa dalam satu perjalanan untuk menziarahi Nabi Lot, Nabi Ibrahim dan Sarah telah didatangi oleh beberapa Malaikat yang singgah diperkhemahan mereka untuk memaklumkan beberapa perkara, iaitu:

i) bahawa mereka adalah dalam perjalanan untuk membinasakan Sodom dan Gomorrah, iaitu tempat tinggal kaum Nabi Lot,

ii) bahawa Nabi Lot dan keluarganya dan mereka yang beriman bersamanya akan diselamatkan daripada malapetaka itu, dan

iii) bahawa isterinya Sarah akan mengandung dan melahirkan anak.

Dari Al-Quran Surah 11 ayat 81-83;

قَالُواْ يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُواْ إِلَيْكَ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِّنَ اللَّيْلِ وَلاَ يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلاَّ امْرَأَتَكَ إِنَّهُ مُصِيبُهَا مَا أَصَابَهُمْ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ
[11:81] Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Lut, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu; sekali-kali mereka (kaummu yang jahat itu) tidak akan dapat mengganggu kamu. Oleh itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka (kerana memihak kepada mereka). Sesungguhnya saat yang dijanjikan azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?”


فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ
[11:82] Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan bumi tempat tinggal kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu-batu dari tanah yang terbakar, menimpanya lapisan demi lapisan (bertubi-tubi).

Nota: Laut Mati yang ada sekarang terletak diwilayah dimana Nabi Lot dan kaumnya telah menetap (bermastautin) yang kemudian telah dibinasakan (diterbalikkan) oleh Allah. Beberapa bandar purba yang terletak diwilayah itu termasuk Sodom, Gomorrah, Zoar, Admah dan Zeboim. Wilayah itu kini merupakan kawasan yang paling rendah didunia iaitu terletak (-)423 meter dibawah paras air laut.


[Klik gambar untuk dibesarkan]


[Klik gambar untuk dibesarkan]


Dari Al-Quran Surah 29 Ayat 35;

وَلَقَد تَّرَكْنَا مِنْهَا آيَةً بَيِّنَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
[29:35] "dan Demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya."



[Klik gambar untuk dibesarkan]

Meneruskan kisah Nabi Ibrahim; dari Al-Quran Surah 11, Ayat 71;

وَامْرَأَتُهُ قَآئِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَقَ وَمِن وَرَآءِ إِسْحَقَ يَعْقُوبَ
[11:71] “dan isterinya (Sarah) pun berdiri, lalu (setelah hilang ketakutan diatas kunjungan Malaikat-malaikat itu) ia ketawa. Maka Kami (Allah) pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak bernama Ishak, dan sesudah Ishak, (seorang cucu bernama) Yaakub.”

Akhirnya Sarah telah mendapat seorang anak lelaki yang diberikan nama Ishak iaitu 13 tahun selepas kelahiran Nabi Ismail, anak sulung Nabi Ibrahim bersama isteri keduanya, Hajar. Pada masa itu Nabi Ibrahim berumur 100 tahun. Nabi Ibrahim meninggal dunia ketika berumur 137 tahun.

Seperti yang dijanjikan oleh Allah, Nabi Ishak kemudian telah dikurniakan seorang putra bernama Yaakub yang mempunyai nama julukan Israel.

Al-Qur’an hanya menyebutkan sekali saja gelaran Israel untuk merujuk kepada Nabi Yaakub, iaitu di Surah Ali ‘Imran Ayat 93:

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِـلاًّ لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلاَّ مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
[3:93] “Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat ...”

Nabi Yaakub dilahirkan di Palestina pada abad ke-18SM. Menurut riwayat, beliau berhijrah ke tanah Haran (ke utara Kana’an) dimana beliau telah berkahwin dengan empat isterinya dan dikurniakan dua belas putra iaitu: Reuben, Simeon (Samson), Levi, Judah (Yehuda), Dan, Napthali, Gad, Asher, Issachar, Zebulun dan Joseph (Yusuf), manakala putra terakhir beliau Benjamin, dilahirkan di tanah Kana’an (Palestina), iaitu setelah Nabi Yaakub kembali bersama keluarganya untuk menetap di Sa’ir, dekat el Khalil (Hebron). Dari keturunan Nabi Yaakub inilah asalnya rumpun bangsa yang dikenali sebagai Bani Israil iaitu bermula dengan 12 suku kaum yang masing-masing diketuai oleh anak-anak Nabi Yaakub.

Nota: Rumpun bangsa Bani Israil itu hanya kekal dikenali dengan nama itu sehingga Nabi terakhir dari kalangan mereka iaitu Nabi Sulaiman (a.s.). Selepas Nabi Sulaiman meninggal dunia, tanah Palestina telah berpecah dua, masing-masing dipimpin oleh dua orang putranya yang tidak berusaha mengekalkan agama Tauhid yang diajarkan oleh Nabi Musa (a.s.) melalui Kitab Taurah yang telah diturunkan Allah kepadanya. Bahkan mereka bertanggungjawab diatas kehancuran (kekalahan) wilayah-wilayah pimpinan mereka oleh musuh-musuh mereka dan akibat juga perbalahan sesama sendiri. Pemimpin-pemimpin agama mereka (rabi-rabi), diantaranya Ezra dan Nehemiah telah berusaha mengolah semula dan menyunting kandungan Kitab Taurah ajaran Nabi Musa. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menjadikan diri mereka bertaraf Raja (selepas terhapusnya Raja-Raja yang ada dikalangan mereka sebelum itu) disamping bertujuan untuk mengembalikan semangat baru kebangkitan Bani Israel selepas mereka dilepaskan daripada tahanan dalam buangan selama 70 tahun di Babilonia dan dibenarkan kembali semula ke bumi Kana’an (Palestina). Agama baru yang terpesong itu kemudian dinamakan Agama Yahudi disekitar 530SM dan keturunan Bani Israil itu sendiri turut berubah menjadi bangsa Yahudi, nama yang diambil daripada Yehuda (Judah) iaitu salah satu diantara 12 kaum Bani Israil itu.

Pada tahun 1546SM, Nabi Yaakub dan keluarganya (semuanya 70 orang) terpaksa berhijrah ke Mesir sepertimana kejadian yang dialami oleh Nabi Ibrahim, iaitu setelah mengalami kepayahan hidup dibumi Kana’an disebabkan kemarau dan wabak kebuluran. Pada masa itu, Yusuf, putera ke-11 kepada Nabi Yaakub, telah pun berada diMesir selama 22 tahun, iaitu setelah dianiaya oleh abang-abangnya hingga dia terjual sebagai hamba di Mesir. Walaubagaimana pun, Yusuf telah berjaya dalam kehidupannya di Mesir hingga menjadi pegawai kedua tertinggi dalam kerajaan Raja Hyksos (Dinasti ke-15) yang berkuasa diwilayah muara Sungai Nil pada masa itu. Diatas kebaikan Nabi Yusuf inilah anak-anak Nabi Yaakub dan semua keturunannya (Bani Israil) telah hidup dalam keadaan senang dan aman sentosa. Nabi Yaakub meninggal dunia selepas berada diMesir selama 17 tahun, iaitu ketika berumur 147 tahun. Jenazah Nabi Yaakub telah dibawa ke Hebron, Palestina untuk dikebumikan ditempat perkebumian keluarga Nabi Ibrahim.

Dan inilah babak awal sejarah Bani Israel yang berlanjutan di Mesir sehingga 400 tahun.

PROGRAM 1 HARI 1 HADITH

assalamualaikum kawan-kawan hari ni, saya FIRDAUS akan melancarkan program 1 hari 1 hadith.

Hadis Pertama

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...